|
Uji Minda di TV Haram - Mufti Johor |
Friday, December 02, 2005 |
Peraduan `menguji minda’ yang disiarkan stesen televisyen tertentu pada awal pagi, mempunyai unsur perjudian kerana membabitkan pertaruhan dan hadiah wang tunai yang diperoleh pemenangnya adalah haram,kata Mufti Johor,Datuk Nooh Gadot.
Pendapat sama diberikan Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria,yang menegaskan sebarang pertandingan membabitkan bayaran tertentu dan menyediakan wang ganjaran, adalah judi dan haram mengikut Islam.
“Kalau kena bayar,ia judi kerana kita boleh menguji minda tetapi hadiah dari sebelah pihak saja.Masalahnya,orang kita tidak lagi peduli soal halal atau haram dan kepentingan perkara sensitif ini semakin terhakis.
“Jadi,tidak payahlah kita masuk peraduan begini kerana ia bertentangan dengan agama. Duit orang Melayu habis berjuta-juta ringgit sebulan kerana berjudi termasuk nombor ekor.Alangkah baik jika ia dikumpul menjadi dana dan membantu masyarakat kita,” katanya.
www.hmetro.com.my |
posted by d.e.H.a.n.2. @ 4:56 AM |
|
|
|
|
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Spragga benz gal Xbox 360 hard drive dell home accessories Indian telugu adult stories Mortgage loan insurance premiums 1992 mazda miata crankshaft Life fitness service manual 9500 elliptical Zocor ibs