|
Pejuang Kemerdekaan Sebenar di Kelantan |
Tuesday, November 08, 2005 |
Oleh : Abu Jihad abujihad98@ yahoo.com
Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pasti akan tiba setelah speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan mendapat sijil kematian Allahyarham Wan Abdul Aziz Wan Jaffar untuk dipanjangkan kepada SPR.
Dalam pilihan raya ini pasti berlaku lobi melobi siapa yang lebih baik antara BN dan PAS.UMNO yang sudah pasti mewakili BN akan menyatakan bahawa dialah perjuangan orang-orang Melayu;pembela masyarakat Melayu,menjaga kepentingan Melayu kerana UMNO yang membawa kemerdekaan Malaysia.Inilah hujah yang dimainkan saban hari.
Kesedaran tentang perjuangan nasib orang Melayu khususnya orang Islam di bumi Kelantan perlu dipertingkatkan kerana sekarang ini kelantanlah satu-satunya negeri yang masih mempunyai majoriti Melayu yang paling tinggi.
Saya sudah jemu dan jelak dengan omong-omong UMNO mengatakan dialah pembela orang-orang Melayu. Kita semua ditipu oleh sejarah yang memang ditulis oleh penjajah,kemudian diwarisi oleh orang Melayu berjiwa penjajah.
Untuk itu saya mengambil kesempatan daripada kiriman gambar oleh Budak Nakal beberapa bulan lalu kepada saya untuk saya paparkan di sini agar orang Kelantan menginsafi akan nasib perjuangan tanah air dahulu kala,orang-orang dahulu yang mengadaikan nyawa demi Islam dan tanah tumpahya.
Perjuangan Tok Janggut bukan kerana ayam itiknya dicuri atau dirampas oleh penjajah tetapi perjuangannya demi menegakkan agama Islam dan hukum hakamnya.
Tok Janggut rela mengadaikan nyawa demi perjuangan,tetapi UMNO mendapatkan kemerdekaan dengan tidak wujudpun pengorbanan.Mereka-mereka yang didotrin dengan fahaman nasionalis sesat yang mewarisi pemikiran penjajah menjadi peminpin UMNO. Tak ada seorang pun dikalangan mereka terseksa dan teruji.
Bagi rakyat Kelantan kesedaran tentang perjuangan Tok Janggut haruslah diinsafi agar anak cucu kita terselamat daripada manusia rakus dan zalim.
*Gambar-gambar boleh dilihat dalam www.tranungkite.net [klik sini] |
posted by d.e.H.a.n.2. @ 11:51 PM |
|
|
|
|