|
Lailatulqadar ....... |
Sunday, October 23, 2005 |
LALILATULQADAR adalah malam yang mulia,penuh barakah dan keutamaan.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.Tahukah kamu apa malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih dari seribu bulan.” – (al-Qadr ayat 1-3)
Ertinya amalan perbuatan pada malam ini lebih baik daripada amalan seribu bulan yang dikerjakan tidak pada malam lailatulqadar.Waktu lailatulqadar adalah pada 10 malam yang terakhir Ramadan.Hal ini berdasarkan pada hadis Rasulullah saw di mana baginda bersabda yang bermaksud:“Lailatulqadar itu berada pada 10 malam yang terakhir Ramadan”. – (HR. Ahmad, Bukhari dan Abu Daud)
Tepatnya pada malam-malam ganjil dari bulan itu iaitu dari malam 21,23,25,27 dan 29.hendaklah kita mencarinya pada 10 malam yang terakhir Ramadan secara keseluruhan,sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:“Carilah ia (lailatulqadar) pada sepuluh malam yang terakhir pada Ramadan”. – (Muttafaqun ‘alaih)
Lailtulqadar ini sering kali jatuh pada malam ke-27 sebagaimana Ubai bin Kaab pernah bersumpah bahawa lailtulqadar jatuh pada malam yang ke-27, lalu ditanyakan kepadanya dengan apa engkau mengetahui hal itu? Ubai menjawab ‘Aku mengetahuinya melalui tanda-tanda yang diberitahu oleh Rasulullah saw bahawa matahari akan terbit pada pagi harinya seperti tembaga yang tidak memancarkan sinarnya”. – (HR: Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Diriwayatkan oleh Abdurrazak dari Ibnu Abbas ra di mana dia menceritakan bahawa Umar pernah memanggil sahabat Rasulullah saw dan menanyakan kepada mereka mengenai lailatulqadar.
Mereka sepakat bahawa lailatulqadar jatuh pada 10 malam yang terakhir pada Ramadan. Kemudian Ibnu Abbas berkata kepada Umar ‘aku mengetahui (mengira),malam apa yang dimaksudkan Ibnu Abbas menjawab‘malam ketujuh dari 10 malam yang terakhir.Maka Umar pun bertanya ‘dari mana engkau mengetahui hal itu? Ibnu Abbas menjawab ‘Allah telah menciptakan tujuh langit,tujuh bumi,tujuh hari dan waktu itu berputar dalam tujuh putaran’.
Malam itu dalam keadaan tenang,tidak sejuk dan tidak panas.Amalan yang perlu dilakukan seperti mana yang diriwayatkan dari Aisyah di mana ia pernah bertanya kepada Nabi saw, “Wahai Rasulullah,jika saya dapat malam ini maka dengan apa harus saya berdoa? Nabi menjawab ‘bacalah doa ya Allah,Engkau Maha Pengampun, maka ampunilah aku’.Dalam hadis yang lain,Nabi saw bersabda ‘sesiapa bangun pada malam lailatulqadar kerana dorongan iman dan mengharapkan pahala,maka diampunkan dosa-dosanya terdahulu”. (Muttafaqun ‘alaih).
Oleh : Siti Nurbahyah Mahmood - Berita Harian. |
posted by d.e.H.a.n.2. @ 10:25 PM |
|
|
|
|