|
UIA TUAN RUMAH PERHIMPUNAN KPT SAMBUT KEJAYAAN 'PENIPUAN' PILIHANRAYA |
Monday, October 17, 2005 |
GOMBAK, 9 Oktober - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi tuan rumah kepada majlis berbuka puasa yang menghimpunkan semua exco Majlis Perwakilan Pelajar dan mantan exco majis perwakilan pelajar dari 17 IPTA bersama-sama dengan Kementerian Pengajian Tinggi.
Difahamkan,majlis ini adalah sebagai lanjutan kepada program meraikan 'kemenangan' meng'UMNO'kan kampus selepas satu majlis bagi tujuan sama turut diadakan sebaik sahaja keputusan pilihanraya kampus diumumkan pada 29 September yang lalu.Majlis tersebut diadakan di Dewan Pusat Kebudayaan dan Aktiviti UIAM....
Program yang dinamakan sebagai Majlis Berbuka dan Dialog bersama Kementerian Pengajian Tinggi telah dihadiri oleh Menteri KPT,Dato' Shafie Salleh.Bagi pihak UIAM yang menjadi tuan rumah,Presiden UIAM Tan Sri Sanusi Junid,Rektor Professor Dr. Kamal Hassan dan kesemua timbalan rektor turut hadir bagi meraikan tetamu dari seluruh kampus.Tetamu lain ialah NC dan TNC dari seluruh IPTA Malaysia.
Dato Pa dijemput hadir
Menurut surat jemputan bertarikh 6 Oktober bersamaan 2 Ramadhan 1426H yang dikeluarkan oleh PEjabat Perhubungan Luar UIAM,Dato' Mustapha Mohammad juga merupakan tetamu jemputan bagi majlis tersebut.Difahamkan bahawa selain daripada Adam Baba dan Biro Tatanegara (BTN),Mustapha juga merupakan 'dalang' di dalam menyumbangkan bantuan kewangan ke arah kemenangan Rejim Aspirasi.
Sejak 2 tahun yang lalu,beberapa pertubuhan gerakan pelajar antaranya Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan terkini Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mendedahkan wujud satu pakatan kosnpirasi jahat di kalangan beberapa pemimpin UMNO daripada Biro Pendidikan UMNO Malaysia,Biro Tatanegara yang terlibat di dalam menaja Rejim Aspirasi agar dapat meng'UMNO'kan kampus.
Konspirasi meng'UMNO'kan kampus
Malah agenda meng'UMNO'kan kampus telah dibangkitkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO awal tahun ini.Kini,dengan kemenangan Aspirasi di semua 17 IPTA termasuk UIA yang sudah 7 tahun gagal ditembusi oleh kuasa UMNO berjaya ditawan tetapi setelah gelombang boikot dilancarkan sekaligus mencatat sejarah di dalam liku-liku politik mahasiswa.
Sijil penghargaan kepada jentera pilihanraya Aspirasi
Didapati bahawa selain daripada mantan exco dan exco MPP yang baru dilantik, terdapat juga kira-kira 4 buah bas dari setiap kampus.Adalah agak 'luar biasa jika setiap kampus mempunyai jumlah sebegini ramai.Setelah disiasat,rupanya selain dari mantan exco dan exco MPP yang baru dilantik,para jentera pilihanraya yang terlibat berkempen untuk Rejim Aspirasi baru-baru ini turut dijemput sama.Malah mereka juga diberi sijil penghargaan.
Krew KN cuba mendapatkan komen dari salah seorang exco MPP dari salah satu IPTA Lembah Klang yang tidak mahu namanya disiarkan, beliau menjadi keliru dengan mengatakan,"Adakah ini jamuan anjuran kementerian atau perhimpunan dan perjumpaan ahli-ahli UMNO?Saya merasakan sesuatu yang tidak kena kerana prasarana universiti digunakan seolah untuk kepentingan politik puak tertentu."
(Kampusnegara.com) |
posted by d.e.H.a.n.2. @ 9:12 PM |
|
|
|
|
Very cool design! Useful information. Go on! Lung cancer mesothelioma delaware118 Westchester plastic surgeon voice over ip security home asian schoolgirls Load mutual fund families top ranked Insurance life shopping whole car alarm systems2c car security system2c enforcer payday loan eyeglasses batteries fishing gifts webhosting epson stylus c80 ink cartridges Antispam uol com br img