|
Kelebihan Bulan Rejab |
Tuesday, August 02, 2005 |
Ahlan Wa Sahlan Rejab... KELEBIHAN Rejab dalam al-Quran dapat dilihat daripada firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan bulan di sisi Allah ialah dua belas di kitab Allah pada hari dijadikan langit dan bumi, dalamnya ada empat bulan yang suci.” (Surah at-Taubah, ayat 36) Apabila dilihat dalam kitab tafsir yang terkemuka, hampir semua ulama tafsir bersepakat dalam menafsirkan empat bulan yang dimaksudkan dalam ayat tadi iaitu tiga bulan berturut turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam serta satu bulan tersendiri iaitu Rejab.
Rejab dikaitkan dengan pelbagai kebaikan di antaranya Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Rejab adalah bulan untuk bertanam. Maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan Rejab kerana ia adalah musim untuk berniaga dan makmurkanlah waktu waktu kamu (dengan beramal) di dalamnya kerana ia adalah waktu berbuat amal.”
Ulama berkata Rejab adalah bulan istighfar. Maka perbanyakkan istighfar dalamnya kerana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ad-Dailami oleh Saidina Ali Ibn Abi Talib. Rasulullah bersabda yang bermaksud:"Banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan (seorang) daripada api neraka."
Dalam al-Quran, surah Al-An'am ayat 160 Allah berfirman, maksudnya:"Barang siapa membawa amal kebaikan maka baginya sepuluh kali ganda. Tetapi amal kebajikan yang dilakukan pada Rejab digandakan sebanyak 70 kali ganda.”
Begitu juga sembahyang pada waktu malam akan memberi cahaya kepada hati dan membawa kepada keredaan Allah.
Rejab juga adalah pembukaan kepada bulan kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu keluarnya daun, Syaaban ibarat keluarnya bunga dan Ramadan ibarat keluar buahnya.
Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud "Aku melihat pada malam Mikraj sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih sejuk daripada air batu dan (baunya) lebih harum daripada kasturi. Aku bertanya kepadaJibrail, "Ya Jibrail untuk siapakah ini? Beliau berkata, "Untuk mereka yang berselawat atasmu pada Rejab."
Banyak lagi ganjaran yang sedia menanti mereka yang memanfaatkan kedatangan Rejab yang mulia ini.... |
posted by d.e.H.a.n.2. @ 3:09 PM |
|
|
|
|
What a great site Dawn redwood bonsai