|
Wanita kandung bayi 28 tahun ??? |
Thursday, July 28, 2005 |
JAKARTA: Akibat terlalu miskin seorang suri rumah terus menyimpan mayat bayinya selama 27 tahun dalam kandungannya dan hanya dikeluarkan oleh pakar bedah Indonesia kelmarin,kata doktor semalam. Sekumpulan 15 doktor mengambil masa selama tiga jam untuk mengeluarkan mayat bayi seberat 1.6 kilogram daripada kandungan wanita berusia 54 tahun yang dikenali sebagai Taminah di hospital Sutomo, di kepulauan Jawa. "Ini mungkin rekod dunia. Wanita berkenaan membawa mayat bayi yang berada dalam kandungannya selama 27 tahun,"kata Dr Urip Murtejo. Beliau berkata wanita terbabit sihat tetapi dirujuk ke hospital daripada rumahnya di Boejenegoro,barat Surabaya selepas mengadu selalu mengalami sakit perut.Bayi Taminah meninggal dalam kandungan pada 1978 kerana berada di luar rahim.Beliau bagaimanapun tidak mampu untuk menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan kandungannya,kata Murtejo. Wanita itu berada dalam keadaan sihat selepas menjalani pembedahan manakala mayat bayinya diambil untuk kajian forensik. – AFP
*camne leh tahan sampai 27 tahun tu yer..lagi bukti kekuasaan Allah..Allahu Akbar!!! |
posted by d.e.H.a.n.2. @ 10:20 AM |
|
|
|
|
Very cool design! Useful information. Go on! custom truck seat cover Allegra ken http://www.watches-8.info Mossimo leather pants whirlpool washer drum seal Nissan trampolines Culinary school guidelines Postgraduate education in oral maxillofacial surgery sofia mitsubishi and 50805 and television crane  replacement washers plumbing parts http://www.kitchens-2.info/Washer-specialty.html pilates results