|
Ramadhan Kareem..Selamat Menyambut Ramadhan el-Mubarak |
Saturday, August 22, 2009 |
Bersempena dengan Ramadhan el-Mubarak yang mulia ini...deHan2 mengucapkan Selamat Menjalani ibadah puasa dengan penuh ketakwaan dan keimanan. Semoga amal ibadah kita diterima dan diredhai Allah swt...
Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan
(Tidak dapat buat semua, jangan pulak tinggalkan semua)
1- Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 2- Baca 4ayat akhir Surah al-Kahfi sebelum tidur supaya dapat bangun malam 3- Berazam melakukan Solat Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat) 4- Bertadarus 5- Solat berjamaah setiap waktu 6- Amalkan Qiyamullail walaupun pendek 7- Sahur di waktu akhir 8- Manji Janabah sebelum imsak 9- Kurangkan tidur 10- Tunaikan solat Sunat Fajr (solat sunat subuh) 11- Tunaikan solat Dhuha 12- Tunaikan solat sunat Rawatib 13- Jaga Pancaindera 14- Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga waktu berbuka 15- Hadiri majlis ilmu 16- Banyakkan bersedekah 17- Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan dengan api 18- Berbuka bersama orang tua 19- Jemput tetamu datang berbuka 20- Banyakkan beriktikaf di masjid (lelaki sahaja) 21- Baiki hubungan suami isteri 22- baiki hubungan dengan jiran 23- Jauhi dari keluar rumah dengan memakai mekap dan perhiasan(wanita) 24- Elakkan berbelanja berlebihan 25- Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih dsb.. 26- Elakkan menonton TV yang mengandungi unsur-unsur maksiat 27- Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan 28- Berdoa dengan nada lembut dan merayu 29- Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang nmeninggal dunia 30- Melazimkan waktu solat |
posted by d.e.H.a.n.2. @ 1:09 PM |
|
|
|
|