|
Tazkirah : Fadhilat Bulan Rejab |
Saturday, July 11, 2009 |
Salam sejahtera saudara-saudari seIslam semua,
1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua. 2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak,amalkan dengan ikhlas. 3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat. 4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim
ANTARA FADHILAT BULAN REJAB
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.
Dipetik dari harakahdaily@yahoogroups.com |
posted by d.e.H.a.n.2. @ 5:09 PM |
|
3 Comments: |
-
akhi, fadhilat anta letak nih tak sahih. ana dah buat study memang tak der hadis sahih citer pasal fadhilat rejab.
tapi bagus juga kalau nak ajak orang start posa sunat. kat office ana pun dah start kempen posa sunat isnin dan khamis. sapa 'berniat' posa, posa dan posa ganti kami kasii buah kurma. insyallah. sbg tanda meraikan kedatangan ramadhan al mubarak
-
mungkin ni daripada hadis dho`if...tak boleh berhujah..sekadar fadhailul `amal...syukran atas teguran
-
http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/17/fadhilat-rejab-antara-realiti-dan-fantasi/
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|
akhi, fadhilat anta letak nih tak sahih. ana dah buat study memang tak der hadis sahih citer pasal fadhilat rejab.
tapi bagus juga kalau nak ajak orang start posa sunat. kat office ana pun dah start kempen posa sunat isnin dan khamis. sapa 'berniat' posa, posa dan posa ganti kami kasii buah kurma. insyallah. sbg tanda meraikan kedatangan ramadhan al mubarak