|
Gaya baru remaja perempuan Islam |
Wednesday, June 22, 2005 |
Oleh Ahmad Saufi Mansor opie@hmetro.com.my BUKIT MERTAJAM: Budaya memakai baju singkat sehingga menampakkan pusat dan mencacah atau bertatu pada bahagian badan yang menjadi trend remaja perempuan Islam masa kini dipercayai akibat hilang perasaan malu pada diri masing-masing. Walaupun gaya pemakaian sedemikian lebih banyak dilihat di bandar besar, keadaan itu semakin menular dan membimbangkan di negeri ini kerana mampu menyumbang kepada gejala sosial. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahaya, berkata golongan terbabit turut menganggap budaya berkenaan sebagai satu pembaharuan selain dipengaruhi rakan sebaya.Menurutnya, selain memakai pakaian singkat,remaja perempuan Islam di negeri ini semakin terdedah dengan tindakan mencacah bahagian belakang badan dengan menyifatkannya sebagai satu keseronokan untuk bermegah.Katanya, berikutan penularan budaya yang tidak sesuai dengan agama Islam, masalah berkenaan perlu ditangani segera kerana ia boleh merosakkan akidah dan adat resam Melayu yang begitu kuat dipertahankan. “Golongan remaja berkenaan langsung tidak mempedulikan suasana persekitaran mereka sebaliknya menganggap tindakan memakai baju singkat dan mencacah tubuh untuk keseronokan tanpa memikir kesan jangka panjang.“Keadaan ini semakin membimbangkan kerana kita tidak mahu remaja Islam terus hanyut dengan budaya yang tidak sihat seperti ini,” katanya kepada Harian Metro,semalam.Beliau berkata, keadaan berkenaan berlaku mungkin disebabkan kurang pegangan agama pada individu itu selain faktor keluarga yang tidak pernah ambil peduli dengan pemakaian anak mereka. Menurutnya, ibu bapa dan ahli keluarga perlu berperanan penting bagi mengelakkan budaya ‘kuning’ itu daripada terus menular di kalangan generasi muda masa kini. Katanya, apabila keadaan itu dibiarkan tanpa penguatkuasaan, ia boleh menjadi penyumbang kepada kejadian rogol dan jenayah seksual lain akibat pergaulan tanpa batasan. “Saya tidak pula kata semua remaja perempuan yang suka memakai pakaian singkat menjadi penyebab utama kejadian jenayah seks, tetapi akibat sebahagian daripada mereka adalah puncanya. “Justeru, perkara ini perlu ditangani kerana kita lihat remaja perempuan berkenaan tidak mempunyai kekuatan dalaman dan seolah-olah tiada perasaan malu apabila pakaian mereka diperhatikan orang,” katanya. www.hmetro.com.my ye ke MELAYU dah jadi camtu???takpa...lepaih ni buat lagi...trend baru Islam Hadhari la katakan...bapak borek anak rintik laaa.... |
posted by d.e.H.a.n.2. @ 9:11 PM |
|
3 Comments: |
-
Ni la namanya trend Islam Hadhari... wallahualam...
-
-
Very cool design! Useful information. Go on! »
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|
Ni la namanya trend Islam Hadhari... wallahualam...