|
Merdeka : Dr Lo' Lo' dilarang ke HKL, Mufti Perak dilarang ke Selangor |
Thursday, September 01, 2005 |
....Salah satu acara program tersebut adalah menziarahi para pesakit di Hospital Kuala Lumpur ataupun HKL.Malangnya di saat-saat akhir menurut Dr Lo' Lo' Pengarah HKL telah memaklumkan bahawa kebenaran tidak dapat diberikan.Alasannya ARAHAN DARI PIHAK ATASAN.
....Baru-baru ini ada laporan mengatakan bahawa SS Mufti Perak tidak dibenarkan menghadiri satu majlis forum di negeri Selangor. Alasannya kerana komen dan pandangan beliau dikira keterlaluan dan tidak selari dengan hasrat kerajaan negeri.Tokoh agama yang dilantik oleh Sultan dan kerajaan negeri sungguh pun bernaung di bawah Kerajaan Persekutuan, namun kebebasannya seolah-olah kini disekat.
Kesimpulannya benar kita telah 48 tahun merdeka,namun realitinya kita masih jauh dari suasana merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.Negara telah 48 tahun bebas merdeka dari kuasa penjajahan, namun rakyat berterusan dikenakan sekatan dan tekanan kerana para penjajah tadi telah mewariskan anak-anak didik mereka untuk meneruskan kuasa di tanahair tercinta ini yang sekulit dan sebangsa dengan kita.
Aduhai Merdeka...
SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS http://n32.blogspot.com/
Aku amik sket jer tulisan Roslan SMS ni...klu nak tau citer dia camne...korang leh bukak www.harakahdaily.net ataupun http://n32.blogspot.com/
*ehhhh...merdekah kah aku???makin pening tul la dengan gelagat "orang atasan"...cakap tak serupa bikin...negara jer yg merdeka...tapi jiwa ng minda masih dalam taklukan penjajah!!!! |
posted by d.e.H.a.n.2. @ 12:46 PM |
|
|
|
|